MAKKAH LIVE

MAKKAH LIVE
makkah 24 jam

Friday, June 26, 2015

PANDUAN BERPUASA BAGI PESAKIT


PANDUAN BERPUASA BAGI PESAKIT
Disahkan oleh: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

PENGGUNAAN UBAT DAN ALAT-ALAT PERUBATAN KETIKA BERPUASA


Bagi pesakit yang menggunakan ubat dan alat-alat perubatan ke atas anggota badan yang berongga seperti mulut, lubang hidung, telinga, dubur (Suppository) dan faraj (Pessary) huraian masalah berkaitan adalah seperti berikut :

1. Perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah : 

i. Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga); 
ii. Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung; 
iii. Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut; 
iv. Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi, atau salur darah; 
v. Pendermaan atau pemindahan darah; 
vi. Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit; 
vii. Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;
viii. Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung; 
ix. Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;
x. Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan;
xi. Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ–organ lain untuk tujuan analisa makmal; 
xii. Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut; 
xiii. Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis; 
xiv. Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan 
xv. Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.